Wednesday, November 7, 2012

Alfafa Complex


Hoyeh!! Bulan baru menjelma lagi. Selamat datang November! Seperti biasa, bila masuk bulan baru pasti ada aje promosi dari Shaklee. Kali ni, giliran Alfafa Complex pula. Ayohhhh kita berkenalan dengan Alfafa Complex pula!!


Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.
Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.
•    Sumber semulajadi alfalfa.
•    Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi.
Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini.
Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan.

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos,merawat, menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.
Apakah kebaikan Alfalfa?
(1) Terkenal untuk merawat 3 A :
• Arthritis
• Asthma
• Allergy
(2) Berkhasiat untuk membantu masalah :
• Penyakit Usus (Colon disorder)
• Buah pinggang
• Kencing manis
• Melawaskan usus
• Ulcer
• Fluid retention (sembab)
• Kurang selera
(3) Mengandungi 8 enzim yang boleh membantu masalah :
• Penghadaman
• Pencernaan
• Flatulence
• Abdominal discomfort dikalangan orang dewasa
(4) Terkaya dengan klorofil yang dapat membantu masalah
• Gastrik
• Penyakit kulit (Eczema)
• Kurang darah (Anemia)
• Sembelit
• Badan, nafas dan kaki berbau
(5) Promotes pituitary gland function
(6) Meneutralkan asid dalam badan (Alkalize’s the body and detorities the body especially the liver)
(7) Merawat masalah keputihan pada wanita. Sifatnya yang mengandungi phytoestrogens juga menyebabkan ia mempunyai fungsi seperti kacip Fatimah, maka, membantu dalam “hubungan” suami isteri (enhance libido). Malah, ada juga yang mengaitkannya dengan membantu pembesaran payudara. Memang sangat bagus diambil oleh wanita & para isteri.
(8) As a galactagouge. Bagus diambil oleh ibu menyusu, kerana ia meransang dan menambah pengeluaran susu ibu.


Untuk Info & Order, sila hubungi:
Diana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 885237
SMS - 0173807103


Tuesday, November 6, 2012

INFO : MASALAH BADAN BERBAU

Lebih memalukan jika rembesan peluh mengganggu orang lain

MASALAH ketiak dan kaki berbau memang merisaukan. Lebih memalukan apabila ia mengganggu orang lain. Hakikatnya semua orang punya bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada proses tubuh dan kita perlu faham mengapa tubuh menghasilkan peluh.
Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine.
Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses berpeluh di mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.

Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap.

Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine.
Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.

Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita.

Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.

Punca kaki berbau tidak banyak beza dengan bau badan. Selain kaki yang kuat berpeluh, bau kaki juga disebabkan memakai kasut atau sarung kaki yang tiada pengalihan udara sempurna dalam tempoh yang lama. Memandangkan kaki manusia dilitupi kelenjar peluh tebal, peluh pada kaki boleh bercampur dengan bakteria pada permukaan dan menghasilkan bau.

Bulu pada kaki terutama pada ibu jari mampu menyumbang kepada bau yang lebih pekat dengan menambah jumlah permukaan di mana bakteria boleh membiak. Bau kaki boleh dirawat dengan memilih kasut terbuka dan stokin dari bahan semula jadi seperti kapas dan bulu biri-biri.

Pastikan kaki sentiasa kering, guna talkum untuk kaki, jangan guna kasut yang sama dan elakkan tekanan emosi dengan melakukan senaman meditasi seperti yoga.

Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox.

Info: Cara mengawal bau badan
- Kerap mandi
- Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar
- Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang)
- Berhenti merokok.

Cadangan Vitamin Untuk Mengawal Bau Badan:

Alfalfa Shaklee - Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.
* Garlic Shaklee – Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.
* Herba-Lax Shaklee - Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.


Untuk Info & Order, sila hubungi:
Diana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 885237
SMS - 0173807103

Monday, November 5, 2012

Info : Petua cepat dapat anak.



Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

~ Tiub fallopian tersumbat
~ Endometriosis
~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
~ Masalah hormon
~ Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
~ Menopous sebelum waktunya
~ Masalah tiroid
~ Fibroid

Penyebab biologi di kalangan lelaki:

~ Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
~ Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
~ Menghidap hernia
~ Gangguan hormon
~ Salur sperma tersumbat
~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

~ Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
~ Stress dan tekanan
~ Pemakanan yang tidak sihat
~ Kekurangan zat
~ Amalan merokok atau meminum alkohol
~ Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
~ Terdedah kepada pencemaran
~ Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.


Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.
Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan:

Untuk Suami :
Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc


Untuk Isteri : 
Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) atau Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama vita-E +alfalfa


Untuk Info & Order, sila hubungi:
Diana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 885237
SMS - 0173807103
 

Blog Template by YummyLolly.com