Tuesday, October 30, 2012

Diet sihat untuk lelaki (part 1)


DALAM memenuhi tuntutan selera harian, kita perlu membuat pilihan tepat dalam pengambilan makanan supaya memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan, seimbang dan tidak memudaratkan.
Walaupun terdapat beberapa makanan yang disyorkan perlu diambil setiap hari, keperluan pemakanan adalah berbeza mengikut jantina yang sekali gus membawa kepada kepelbagaian makanan.
Di sini disenaraikan makanan yang perlu diambil oleh lelaki.
Tomato: 

Buah yang popular ini memberi pelbagai manfaat kepada lelaki kerana bahan likopena (sejenis fitokimia) berperanan merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko kanser kolorektum dan penyakit jantung.
Kajian menunjukkan lelaki yang kerap memakan makanan yang tinggi kandungan likopena berisiko rendah mendapat kanser prostat.
Kacang Brazil: 

Ia baik untuk jantung dan hati. Kacang Brazil terutamanya, adalah sangat baik untuk lelaki kerana kandungan seleniumnya yang tinggi. Ia merupakan bahan yang baik untuk meningkatkan kesihatan sperma dan mortilitinya. Selenium juga membantu merendahkan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol selain bertindak sebagai meningkatkan mood.

Kubis, brokoli dan kubis Brussels adalah sayuran penting yang mesti dimasukkan dalam diet seorang lelaki kerana kandungan melawan kanser yang merendahkan risiko kanser prostat dan kolorektum.
Telur: 

Jika anda mudah mengalami keguguran rambut, penyelesaiannya adalah mudah iaitu telur. Ini kerana ia adalah sumber protein dan biotin (vitamin B7) yang menggalakkan pertumbuhan rambut, malah kuning telur adalah sumber zat besi yang baik.
Banyak penyelidikan menyatakan ia membantu mengurangkan keguguran rambut yang berpunca daripada anemia.
Beri biru: 





Beri biru mempunyai kaitan dengan penurunan risiko kanser prostat kerana ia mengandungi bahan proanthocyanidin (sejenis flavonoid) yang tinggi. Buah ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kehilangan memori berkaitan usia dan diabetes Jenis 2 yang kesemuanya lebih memudaratkan lelaki berbanding wanita.
Delima: 

Padat dengan unsur antioksida, vitamin dan mineral, kajian menunjukkan pengambilan delima secara kerap membantu merendahkan kolesterol yang merupakan masalah biasa dalam kalangan lelaki.
Banyak kajian yang menyarankan minuman jus delima segelas sehari untuk memperlahankan tahap merebaknya kanser prostat.
Bawang putih: 
Kelebihan bawang putih untuk kesihatan jantung diketahui umum kerana ia merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko jantung tersumbat, malah penemuan dalam Journal of National Cancer Institute menunjukkan kekerapan pengambilan potongan bawang putih dan bawang merah mengurangkan risiko kanser prostat.
Salmon: 
Ikan laut ini adalah sumber asid lemak omega-3 yang berfungsi merawat pelbagai masalah kesihatan lelaki. Selain merendahkan kandungan LDL atau kolesterol tidak baik, ia turut mengurangkan tekanan dan merendahkan risiko kanser prostat dan kolorektum.
Bijirin: 

Mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan serat, baik untuk lelaki dan wanita namun vitamin B di dalamnya memberi manfaat kepada lelaki. Vitamin B9 (folat) memastikan kesihatan sperma, vitamin B7 (biotin) mengurangkan keguguran rambut dan silika membantu pertumbuhan rambut sihat.

Thursday, October 25, 2012

Set Lengkap Wanita Hamil


Hello Mommy!! Istimewa dari Shaklee untuk anda & bayi! Set lengkap sepanjang tempoh kehamilan! (^___^)v
Daddy-daddy bolehlah hadiahkan set lengkap ini buat isteri kesayangan anda!!

Set asas ini dipanggil Set J1 atau Set Eufour Pack. Mengandungi 4 jenis Vitamin:

1. Vitalea - mengandungi semua vitamin yang diperlukan oleh badan termasuk zat besi yang penting untuk pembinaan darah. Diperlukan oleh ibu-ibu yang mengandung dan menyusu agar si ibu cukup darah dan tak mudah pengsan serta membekalkan zat besi untuk pertumbuhan anak.

2. Vitamin C - berfungsi sebagai antioksidan yang membantu mencegah dari sakit serta pertumbuhan kolagen dalam tisu kulit untuk proses penyembuhan yang cepat.

3. B Complex - bertindak sebagai penenang, membantu membakar glukos untuk ditukarkan menjadi tenaga. Sangat diperlukan oleh mereka yang rendah metabolisme. Menjadikan badan ibu yang menyusu bertenaga dan gembira kerana kestabilan hormon, juga membantu fokus yang lebih baik.

4. Ostematrix (Kalsium Magnesium) - sangat penting untuk pembinaan sel, pertumbuhan gigi, pembentukan tulang bayi dan darah membeku dengan sempurna. Membaiki rangsangan urat saraf, mengelakkan kekejangan otot terutama bagi ibu mengandung serta penting untuk menstabilkan denyutan jantung dan tekanan darah tinggi. Setiap 1biji Ostematrix mengandungi 250mg kalsium. Magnesium berfungsi untuk membantu penggabungan kalsium ke dalam tulang serta menguatkannya. Vitamin D pula untuk penyerapan kalsium yang lebih optimum.

Boleh add on Omega Guard menjelang Trimester kedua.

Omega Guard :
-Minyak ikan terbaik dipasaran.
-Penting bagi perkembangan dan fungsi otak.
-Meningkatkan sistem imunisasi.
-Menapis segala virus dan bakteria daripada badan.
-Kanak-kanak yang mengambil Omega 3 dari kecil dapat mengurangkan jangkitan pernafasan.

Dan tambahan ESP disepanjang kehamilan untuk pembinaan tisu dan sel yang baik. Rasa sedap memberi manfaat keseluruhan kepada kedua ibu dan bayi dalam kandungan.





Perlukan ibu hamil mengambil prenatal vitamin seperti obimin dan asid folik? Tidak perlu kerana keperluan untuk ibu hamil sudah dicukupkan oleh Vitalea dan B Complex.

Credit to 
Blog SemuaSihatSelalu &  Blog VitaminSemulajadi




PM saya untuk harga istimewa bagi set ini.





Untuk Info & Order, sila hubungi:
Diana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 885237
SMS - 0173807103

Monday, October 22, 2012

Pastikan dapat cukup khasiat untuk bayi


AMBIL BERAT... wanita hamil perlu tahu makanan yang baik untuk mereka.

AMBIL BERAT... wanita hamil perlu tahu makanan yang baik untuk mereka.

MAKANAN yang begitu digemari, tiba-tiba terasa memualkan tekak. Kalau dulu, tidak menjadi masalah menghadap menu nasi campur setiap hari tetapi kini, mendengarnya saja membuatkan tekak kembang, apa lagi jika mahu menjamahnya.
Bermacam-macam pengalaman baru dilalui ibu hamil. Perubahan secara tiba-tiba kadangkala menimbulkan rasa pelik orang sekeliling dan sukar difahami mereka yang tidak pernah mengalaminya.

Namun, begitulah situasi yang perlu dihadapi wanita mengandung hinggakan ada kalanya banyak bauan yang mereka tidak boleh kompromi serta dirasakan mengganggu ketenangan, misalnya tumisan cili daripada gerai berhampiran mahupun bau bawang putih yang pada ketika tidak hamil, bukan masalah besar jika terhidu.
Walaupun banyak makanan sukar masuk ke mulut akibat loya dan muntah- muntah, wanita hamil perlu memastikan mereka mengambil makanan seimbang daripada semua kelas makanan.

Ketika hamil, pelbagai persoalan bermain di benak fikiran sama ada mereka boleh makan makanan tertentu atau sebaliknya. Ini disebabkan banyak makanan dikaitkan dengan kesan baik dan mudarat pada wanita mengandung mengikut kepercayaan sesuatu kaum.

Ada empat kelas makanan dalam piramid makanan yang perlu diambil berat iaitu kelas keempat, karbohidrat; kelas ketiga (buah-buahan dan sayuran), kelas kedua (makanan tenusu dan protein daging manakala kelas pertama (manisan).
Perunding Perbidanan dan Sakit Puan Hospital Pantai Klang, Dr Tricia Thomas, berkata wanita hamil perlu mengambil hidangan daripada kelas tertentu mengikut peratusan yang dinasihatkan dan makan lebih kerap, sekurang-kurangnya tiga hidangan yang normal iaitu pagi, tengah hari dan malam.

Mereka juga perlu mengambil dua atau tiga hidangan kecil antara hidangan besar berkenaan iaitu di antara waktu sarapan pagi dengan makan tengah hari dan waktu petang, bergantung kepada keadaan wanita terbabit.
Tiga bulan pertama kehamilan iaitu dari awal kehamilan hingga 12 minggu, wanita terbabit biasanya mengalami muntah-muntah. Waktu itu, mungkin sukar untuk mereka menjamah lebih banyak makanan.

Untuk mengelakkan dehidrasi, mereka perlu minum air yang mencukupi dan elakkan makanan berminyak serta makanan yang boleh menyebabkan mereka muntah-muntah.

Bergantung kepada individu, wanita itu sendiri boleh mengenal pasti hidangan yang boleh mereka ambil serta makanan yang mudah menyebabkan mereka muntah.

Ada yang menganggap wanita hamil perlu makan lebih banyak kerana mereka makan untuk dua orang. Sebenarnya, mereka tidak perlu berbuat demikian tetapi penting untuk memastikan mendapat keperluan zat dan vitamin yang cukup untuk tumbesaran janin.

“Lebihkan pengambilan makanan yang tawar manakala jika loya dan muntah-muntah dialami terlalu teruk hingga menyebabkan kekurangan air dalam badan, wanita terbabit dinasihatkan bertemu doktor.

“Proses menggantikan kehilangan air dalam badan akan dilakukan dan wanita terbabit ditahan di wad hingga keadaan kesihatannya stabil,” katanya.

Sebaik-baiknya mereka minum air yang dimasak kerana air tapisan biasanya masih mengandungi bakteria. Seperti orang biasa, keperluan wanita hamil ialah lapan gelas sehari.

Makanan masam mungkin boleh membantu mengatasi loya tetapi ia perlu diambil dalam kuantiti sederhana.

Untuk memenuhi keinginan menikmati makanan yang diidam juga ada hadnya. Elakkan mengambil dalam kuantiti terlalu banyak, sebaliknya makan dalam kuantiti sederhana dan hidangan yang ada dalam kelas makanan.

Makanan seperti salad dan ulam boleh dimakan ketika hamil tetapi perlu dipastikan benar-benar bersih. Makanan mentah seperti sushi tidak digalakkan dimakan kerana mungkin mengandungi bakteria jika tidak disediakan dengan baik.

Sajian panggang atau salai seperti salmon dan daging juga perlu dielakkan kerana dikhuatiri tidak dimasak dengan betul atau masih mentah kerana mungkin mengandungi bakteria seperti listeria dan salmonella. Kehadiran bakteria salmonella misalnya boleh menyebabkan cirit-birit.

Pengambilan makanan yang tidak dipasteurkan seperti keju dan susu segar daripada ladang juga perlu dielakkan kerana dikhuatiri mengandungi bakteria.

Hindarkan ikan marlin, ikan yu dan makanan laut jenis kerang-kerangan mempunyai kandungan merkuri yang tinggi, sebaliknya ikan yang berminyak seperti salmon, kod, tilapia dan keli baik dimakan kerana mengandungi Omega 3 yang baik untuk kesihatan.

Bagaimanapun, usah diambil dalam kuantiti yang terlalu banyak, sebaliknya memadai dua atau tiga hidangan seminggu.

Pelbagai tanggapan dan andaian dikaitkan dengan telur ikan, udang atau sotong yang dikatakan mempunyai kolesterol tinggi atau boleh memberi kesan sampingan. Jika orang biasa pun tidak digalakkan makan terlalu banyak jenis telur berkenaan, apatah lagi ibu hamil.

Bolehkah mereka memakannya? Dr Tricia berkata, telur ikan atau sotong boleh dimakan wanita hamil tetapi dalam kuantiti sederhana. Begitu juga daging kambing dan lembu yang dikatakan ‘panas,’ wanita hamil masih boleh memakannya tetapi dalam kuantiti sederhana.

“Jangan tersalah anggap mengenai pendarahan yang berlaku pada wanita mengandung. Ia bukan disebabkan mengambil makanan ‘panas’ tetapi berpunca daripada kedudukan uri yang rendah atau disebabkan perubahan hormon.

“Semua kaum mempunyai kepercayaan tersendiri mengenai makanan yang boleh memberi kesan buruk jika diambil wanita mengandung, bagaimanapun tiada bukti kukuh mengenai teori berkenaan.

“Orang Cina, misalnya menganggap makanan ‘sejuk’ tidak boleh diambil ketika hamil, manakala orang Melayu percaya makanan ‘panas’ memberi kesan sampingan kepada ibu dan bayi dalam kandungan,” katanya.

Memakan nanas pula dikatakan boleh menggugurkan kandungan dan ia kepercayaan kebanyakan kaum. Sebenarnya, ia bergantung kepada tubuh wanita berkenaan kerana ada ibu hamil yang terminum jus nanas tetapi tiada kesan mudarat. Jika teringin, makan dalam kuantiti sedikit kerana buah ini tidak sesuai dimakan ketika awal kehamilan.

Dr Tricia berkata, kafein sememangnya diketahui tidak baik untuk kesihatan dan ibu mengandung perlu mengelakkan pengambilan minuman itu.

Jika ibu hamil menggemari kopi, cuba hadkan pengambilan minuman itu kepada satu gelas sehari. Sementara itu, teh dan koko cuma mempunyai sedikit kafein berbanding kopi.

Ubat-ubatan dan herba juga perlu diberi perhatian kerana ada ubat yang boleh menjejaskan kandungan, terutama ketika proses pembentukan janin.

Wanita hamil memerlukan zat besi antara 30 hingga 60 gram sehari. Zat besi dan asid folik penting untuk mengelakkan kekurangan darah (anemia) dan ada kaitan dengan pembentukan saraf dan otak yang tidak sempurna pada bayi.

Dalam sesetengah keadaan, kekurangan zat besi dan asid folik menyebabkan ‘neural tube defects’ iaitu jenis kecacatan dalam otak seperti spina bifida, encephalocoele (otak membengkak menyebabkan kepala besar) dan anencephaly (tiada tengkorak).

Pada tiga bulan sebelum hamil, ibu hamil perlu mengambil 400 mikrogram asid folik sehari dan ia harus diteruskan sepanjang kandungan.

Vitamin C perlu untuk penyerapan zat besi bagi menghindari anemia. Biasanya, semua ubat berkenaan dibekalkan doktor. Apapun, jika ibu hamil mengamalkan pemakanan harian seimbang, keperluan vitamin C dan D untuk dirinya dan kandungan sudah mencukupi.

Bagi golongan pemakan sayur-sayuran (vegetarian), mereka boleh mendapatkan protein daripada kekacang seperti soya, kacang kuda, kacang hijau, kacang tanah dan kacang pinto.

Sumber protein lain ialah daripada bijirin penuh seperti oat, barli, roti dan nasi. Beras perang lebih banyak vitamin daripada beras putih. Selain itu, ibu hamil di kalangan vegetarian juga boleh mendapatkannya daripada bijirin dan pasta.

Menurutnya, bijirin penuh mengandungi kandungan vitamin B yang tinggi. Jenis kekacang seperti almond, badam, gajus, macadamia turut mempunyai protein dan sumber Omega 3 menggantikan daging.

Sumber kalsium pula banyak ditemui dalam sayur hijau, kekacang, susu dan tempe. Vitamin D juga penting untuk bayi dalam kandungan. Ia turut diperoleh daripada pancaran cahaya matahari.

Ada ibu hamil teringin makan benda pelik seperti sabun, arang atau tanah. Tidakkah tindakan mereka memakan makanan berkenaan memudaratkan kesihatan? Sebenarnya, mengidam makanan pelik mungkin menunjukkan ibu hamil kekurangan zat mineral tertentu dalam tubuh, terutama zat besi. Makan benda pelik tidak digalakkan kerana dikhuatiri memberi kesan buruk kepada kandungan.

Kuantiti kalori untuk wanita biasa yang tidak mengandung antara 1,600 hingga 2,000 kalori sehari. Pada tiga bulan (trimester) pertama (kehamilan 0 hingga 13 minggu), keperluan itu meningkat sehingga 85 kalori sehari, menjadikan keperluan mereka antara 1,685 hingga 2,085 kalori sehari.

Ketika trimester kedua (kehamilan 13 hingga 28 minggu), keperluan untuk mereka meningkat sehingga 285 kalori sehari, manakala trimester ketiga (kehamilan 28 hingga 40 minggu), peningkatan keperluan kalori ialah 475 kalori sehari.

Credit Harian Metro

Sunday, October 21, 2012

Testimoni : Kebaikkan ESP untuk Ibu Mengandung



*Klik untuk besarkan*

Saturday, October 20, 2012

GLA Complex



GLA adalah gamma-linolenik acid, yang mana terdapat dalam bunga borage, evening primrose (EPO) dan bunga safflower. GLA mempunyai pelbagai kebaikan dalam kehidupan kita. Tubuh kita sebenarnya boleh menghasilkan GLA sendiri daripada linolenik asid yang kita amik (jika ada).
Antara faedah2 GLA terhadap tubuh kita:-

Imuniti Tubuh

Jangkitan kuman menyebabkan tubuh tidak dapat menukar linolenik acid kepada GLA. Kekurangan GLA sebenarnya menyebabkan sistem imuniti terganggu.

Masalah Kolesterol

Pengambilan GLA (bersama EPA) terbukti mempengaruhi profil lipid yang mana menurunkan kadar kolesterol. GLA dan EPA ditukarkan kepada PGE-1 (prostaglandin) yang mana kadar kolesterol tak dapat dikawal dalam sel yang tidak dapat menjalankan sintesis terhadap PGE-1 ni. Mengambil GLA setiap hari selama 3 bulan memulihkan pengekalan PGE-1 dalam tubuh sekaligus mengawal kolesterol.

Artritis

Berdasarkan kajian yang dijalankan oleh University of Massachussetts terhadap pesakit2 artritis, GLA dari minyak borage didapati membantu mengawal bengkak sendi dan kesakitan yang dialami oleh pesakit artritis.

PMS

Masalah PMS didapati dapat diatasi dengan pengambilan GLA yang konsisten. Masalah PMS berpunca dari penurunan kadar asid lemak dalam tubuh wanita ketidak kedatangan haid. Kekurangan asid lemak ini menjadikan simptom PMS yang jelas.

Diabetes

Kajian terhadap 111 pesakit diabetes mendapati GLA membantu mengurangkan simptom kerosakan saraf terhadap pesakit diabetes. Dalam kajian lain, GLA didapati menghalang kemerosotan saraf dari berlaku. Pesakit diabetes dikaitkan dengan masalah kekurangan PGE-1, menjadikan mereka memerlukan GLA. PGE-1 membantu dalam penghasilan insulin untuk pesakit diabetes.

Kulit Yang Sihat

GLA telah digunakan sejak berzaman untuk kesihatan kulit, dan juga membantu dalam masalah kuku rapuh. 9 kajian ke atas GLA mendapati ia mampu merawat ekzema. Walaupun kesannya agak lambat (6-9 bulan) namun ia penantian yang berbaloi.
GLA dari minyak borage adalah pilihan yang paling praktikal. Setiap kapsul mengandungi 4 kali GLA lebih dari EPO.
Di mana nak dapatkan sumber GLA terbaik ni? Dapatkan GLA Complex dari Shaklee hari ini!

Info Credit to Mommy Lyna

Kali ni, saya nak share testimoni saya dan pengguna GLA Complex Shaklee. Alhamdulillah, kami dah jumpa yang product terbaik untuk kami. 








Untuk Info & Order, sila hubungi:
Diana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 885237
SMS - 0173807103

Set lengkap untuk ibu yang menyusukan anak.


Assalamualaikum dan hai hai hai!

Tahniah kerana memilih untuk menyusukan si manja. susu ibu adalah yang terbaik jika ibu mengambil makanan seimbang & membekalkan susu yang berkualiti. Ada segelintir ibu yang menyusukan, tetapi bayinya nampak pucat & sangat kurus. Ini terjadi kerana pemakanan si ibu tidak seimbang atau zat-zat makanan ibu tidak dapat diserap dengan betul lantas mempengaruhi kualiti susu ibu. Kuantitinya mungkin banyak, tapi kualitinya kurang.

Baiklah, untuk membantu memilih set penyusuan yang sesuai saya nyatakan disini




Set 3M (Breastfeeding Optimum)  & SET BREASTFEEDING PLATINUM

Siapa yang perlu ambil set ini? 

Set ini digalakkan kepada :
  1. Ibu yang ada masalah penyusuan
  2. Ibu yang nak mula menyimpan stok
  3. Ibu yang mahukan anaknya mudah lena waktu malam
  4. Ibu yang sedang relaktasi atau induce lactation. Masalah penyusuan yang dimaksudkan ialah, si ibu menghadapi masalah penghasilan susu walau telah melakukan perahan setiap 2 jam dan minum air sekurang-kurangnya 3L sehari. Maka set ini membantu membaiki mana-mana kekurangan atau lohong zat yang diperlukan oleh badan agar tubuh si ibu dapat berfungsi dengan baik sekali.
Kebaikan supplement 3M kepada ibu dan anak:

ESP: 
Meningkat tenaga pada ibu, membantu membekalkan asid aminoyag bertindak membentuk otot dan organ bayi, memekatkan susu ibu, bagus diamalkan sekiranya si ibu punya masalah penghasilan susu yang lambat serta bayi mudah lapar.

Ostemaxtrix:
Menggantikan semula kalsium, penting terutama untuk ibu yang menyusukan dan bayi, melegakan sakit belakang dan menghalang osteoporosis.

Vita C 500mg SR: 
Membantu mengukuhkan sistem imun.

Alfafa Complex: 
Baik untuk detoksifikasi **bagi sesetengah orang, alfalfa boleh memberi kesan negatif terutamanya kepada pesakit SLE. Selain itu, ada bayi yang mengalami cirit-birit, kembung perut dan sedikit kuning apabila ibunya mengambil alfalfa**

B Complex: 
Mengurangkan masalah keletihan dan kelesuan, mengalakkan tumbesaran yang sihat dan normal bagi bayi dan kanak-kanak.

Vita Lea: 
Mengimbangi nutrien.


Bagi ibu-ibu yang mengalami SLE dan mereka yang alergik dengan Alfafa, jangan risau. Ada juga set khas penyusuan untuk anda.

SET Eu-four- Pack Set.

Diberi nama sebagai " Eu - Four Pack " kerana ia mengandungi 4 vitamin yang penting untuk tubuh. 

Apa yang menarik dengan Eu-Four Pack ini? 

Ia boleh dimakan oleh suami isteri malah ibu dan ayah kita juga! Selamat dan sesuai diambil oleh ibu menyusu dan ibu yang mengandung. Ia sangat baik untuk keperluan tubuh ibu dan pembesaran anak yang dikandung mahupun yang disusukan. Ia juga sesuai untuk ibu atau wanita yang mempunyai masalah tumit kaki berbisa, sejuk2 badan, mereka yang sering keletihan dan sukar bangun tidur.

Testimoni ibu-ibu yang telah menggunakan ini.

1) Pn. Najihah Abdul Mutalib.


2) Noriah Rusman


3) Norfadilah Idrus


Untuk Info & Order, sila hubungi:
Diana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 885237
SMS - 0173807103




Friday, October 19, 2012

Apa itu GMO ?

Bagi pembaca yang masih tidak mengerti apa itu makanan GMO atau Organisma Ubahsuai Genetik,  di sini saya ringkaskan sedikit untuk pengetahuan.

Makanan GMO dihasilkan dari benih yang diubahsuai secara genetik. Saintis berupaya untuk mengubah fungsi dan pertumbuhan tanaman melalui teknik kejuruteraan genetik yang dilakukan di makmal. Hasilnya, tanaman mampu menahan sernagan serangga perosak, cuaca kering dan bakteria. Malangnya, bukan ini saja yang boleh dilakukan. Penyelidik menemui banyak keburukan kepada kesihatan manusia dan haiwan yang memakan makanan GMO.

Dalam usaha memperbaiki bekalan makanan kepada manusia dan haiwan, sebahagian penyelidik dan saintis percaya kaedah jalan pintas telah digunakan. Debunga dari jagung yang telah diubahsuai secara genetik telah menyebabkan kematian kepada ulat beluncas. Toksin dari debunga jagung GMO dihasilkan untuk membunuh serangga perosak. Dalam masa yang sama ia juga turut membunuh lain-lain serangga yang memainkan peranan penting dalam sistem ekologi.  

Ubi kentang GMO yang dihasilkan di United Kingdom yang kebal kepada serangan serangga perosak menyebabkan masalah serius kepada haiwan yang memakannya. Haiwan itu didapati hilang sistem imunisasi dan mendatangkan kanser dalam sistem penghadaman.

Makanan GMO bererti ia menjana keuntungan dalam masa yang singkat tetapi kesan jangka-panjang kepada manusia masih belum terbukti selamat.



Credit thesecretmedicines

Thursday, October 18, 2012

Kelebihan Vitamin E Complex

Assalamualaikum dan hai hai hai!

Kali ni jom kita berkenalan dengan Vitamin E pulak. Umum tahu akan kelebihan dan kebaikkan Vitamin E ni. Tapi berapa ramai yg tahu apa itu Vitamin E ? So.. jommmm kenal!!


Vitamin E sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

Kelebihan Vita E Complex dari Shaklee.

1)
Selenium


Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.


2)Ekstrak Biji Anggur



Biji anggur dikatakan 50 kali ganda lebih efektif sebagai anti oksida berbanding vitamin E, malah membantu kelembapan kepada kulit. Sementara daunnya pula yang kaya dengan polyphenols membantu dalam proses pembuangan toksin tubuh

Ekstrak Biji Anggur, yang dikeluarkan dari kulit dan biji anggur, mengandungi perlindungan oligomeric proanthocyanidins (OPC)
[1] dalam kuantiti yang ketara. Kandungan utama ekstrak Biji Anggur adalah kompaun phenolic kepada mononers (catechins, epicatechin, dan taxifolin) dan flavonoid yang sejat. 

Ekstrak biji tersebut dibuktikan sebagai antioksida kuat yang dapat melindungi badan daripada proses penuaan dan pereputan dengan meningkatkan ketahanan plasma darah terhadap tekanan beroksida. 

Kajian saintifik menunjukkan bahawa kuasa antioksida proanthocyanidins [2] di dalam ekstrak biji anggur 20 kali lebih berkuasa daripada vitamin E dan 50 kali lebih berkuasa daripada vitamin C.


[1] OPC adalah set kompleks bioflavonoid yang bertindak sebagai pemungut radikal bebas di dalam tubuh badan manusia.Nutrien super ini menyokong hampir kesemua sistem metabolisme di dalam badan. 
    [2] Proanthocyanidins adalah senyawa yang memberikan warna merah dan biru dalam buah-buahan dan telah terbukti bermanfaat untuk memperkuat kapiler, memperbaiki penglihatan dalam gelap, mendukung integritas dinding pembuluh darah dan mencegah penggumpalan darah. Proanthocyanidins dapat mengurangi risiko penyakit jantung dan kanker dan melindungi terhadap infeksi saluran kemih.

    Credit to Cybermedik.com dan Herba & Tumbuhan


    Untuk Info & Order, sila hubungi:
    Diana
    Shaklee Independent Distributor
    Shaklee ID - 885237
    SMS - 0173807103

    Monday, October 15, 2012

    Testimoni saya : ESP @ Energizing Soy Protein Shaklee





    Berminat? Boleh pm saya untuk maklumat lanjut dan harga promosi untuk bln Oct ini! :)


    Untuk Info & Order, sila hubungi:
    Diana
    Shaklee Independent Distributor
    Shaklee ID - 885237
    SMS - 0173807103

    Tuesday, October 9, 2012

    Zinc Complex




    Zink merupakan mineral yang perlu ada dalam setiap sel tubuh kita.  Ia merangsang tindakan bagi 100 enzim iaitu bahan-bahan yang menggalakkan reaksi-reaksi biokimia dalam tubuh kita.


    Zink Complex Shaklee merupakan faktor dalam memelihara kesihatan yang baik dan membantu dalam memetabolismekan karbohidrat, lemak dan protein.  Ia juga menyediakan kalsium untuk memelihara kesihatan.*

    Antara kelebihan Zinc :

    Penjagaan Kulit: 
    Kajian telah menunjukkan zink berkesan untuk menyembuhkan jerawat atau akne. Ia adalah lebih berkuasa daripada placebo dan penggunaan ubat-ubatan antibiotik masih dianggap lebih berkesan.

    Ekzema: 
    Juga dipanggil sebagai dermatitis atopik, adalah gangguan keradangan dan kulit yang kronik. Ia adalah sebahagian besarnya disebabkan oleh kekurangan zink di dalam badan. Zink memainkan peranan yang penting dalam penyembuhan jangkitan kronik dan membantu badan memulihkan keupayaan untuk sembuh dengan sempurna.

    Jerawat: 
    mineral ini adalah penting untuk memadam jerawat dari kulit. Ia bertindak mengawal selia jumlah testosteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan dalam menyebabkan jerawat. Di samping itu kepadanya, zink juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu dalam menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.

    Penyembuhan luka: 
    Kekurangan zinc menyebabkan lambat penyembuhan luka. Badan manusia mempunyai beberapa enzim yang bergantung pada zink, yang menggalakkan sintesis kolagen yang seterusnya membantu dalam penyembuhan luka.

    Gangguan Prostat: 
    Zink sangat penting dalam menangani gangguan prostat. Kekurangan zink menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannya terdedah kepada kanser . Ia adalah dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan, apabila mengalami masalah prostat.
    Hilang berat badan: Zink memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.

    Mengandung: 
    Ia adalah penting untuk pembaikan dan fungsi DNA. Ia diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.

    Pembiakan: 
    Bagi lelaki, zink membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. Sementara di kalangan wanita, ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk peringkat kelahiran dan penyusuan.

    Fungsi Biologi: 
    Zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stres, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera makan dan penghadaman.

    Jangkitan: 
    Zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberikan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam menggalakkan pertumbuhan janin. Zink membantu dalam melindungi daripada gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.

    Antioksidan: 
    Zink bertindak sebagai antioksidan dan pada dasarnya terlibat dalam beberapa tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat .

    Aturan Enzim: 
    Zink merupakan komponen beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.

    Kanser: 
    Bagi lelaki, zink memainkan peranan yang penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal, yang boleh membawa kepada masalah seperti kanser.

    Kelesuan Kronik: 
    Orang yang mengalami keletihan yang kronik dicadangkan untuk mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. Para doktor tidak mencadangkan ubat-ubatan lain yang diperlukan untuk menyembuhkan keletihan yang kronik kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan kandungan zink.

    Botak: 
    Botak menyebabkan kehilangan rambut bagi kanak-kanak dan orang dewasa. Pemulihan yang disyorkan oleh doktor kepada orang yang mengidapinya ialah dengan pengambilan diet yang kaya dengan kandungan zink. Terdapat pelbagai kapsul yang kaya dengan zink, jadi ubat-ubatan yang kaya dengan zink akan membantu mencegah keguguran rambut

    Kehilangan tulang: 
    Ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. Zink adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang yang kuat dan keras. Oleh sebab ini, kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda untuk mengelakkan kehilangan tulang.

    Buta Malam: 
    Pengambilan kira-kira 150-450 mg Zink akan memperbaiki penglihatan. Jadi, adalah sentiasa dicadangkan untuk mengambil makanan seperti daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

    * Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat, menyembuh atau mencegah sebarang penyakit.



    Untuk Info & Order, sila hubungi:
    Diana
    Shaklee Independent Distributor
    Shaklee ID - 885237
    SMS - 0173807103


    Wednesday, October 3, 2012

    Perbezaan antara ESP dan Soya biasa.



    Umum kita sudah tahu yang ESP ialah Protein. Tapi, adakah kita tau akan kepentingan protein? 
    Jom kita

    Sebab:
    Protein adalah makanan terpenting untuk badan kita. Tubuh badan kita terdiri daripada protein seperti tulang, kulit, rambut, otot-otot, organ-organ, plasma, antibody, enzim, hormone, haemoglobin dan sel-sel.Keseluruhan sel-sel (anggaran jumlahnya 60 trillion) yang membentuk tubuh badan, semua bergantung kepada protein untuk menjalankan fungsinya seperti Membina sel-sel baru, Menggantikan tisu-tisu badan yang lama@tua dengan tisu-tisu yang baru, Menggantikan tisu-tisu yang rosak @ cedera dengan tisu-tisu yang baru.

    Apa yang menarik tentang ESP? Merupakan sumber “Protein Lengkap” dengan 9 amino asid penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan dan sukar diperolehi dari diet seharian. Berasakan tumbuhan (non-GMO soya) yang semulajadi rendah lemak dan bebas kolesterol dan terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya untuk kehidupan yg aktif, disamping membantu mengekalkan kepejalan otot, pemulihan tisu badan dan fungsi enzim dan hormone yang sempurna. ESP juga membantu mengekalkan paras gula yang normal dalam darah. Kandungan lemak dlm ESP sangat minimum iaitu (1gm) dan uanpa laktosa di mana kadar penghadaman yang tinggi dan diserap terus ke dalam darah. Dan paling penting tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna dan pengawet. Mengandungi 5 vitamin B, 2 mineral dan 8 gram karbohidrat untuk tenaga

    Kelebihan ESP?

    • Menjadikan kulit muka cantik, halus,gebu dan berseri. Serta membantu menghilangkan parut jerawat di muka. 
    • Memberi tenaga berpanjangan & menjadikan badan semakin sihat serta kurang letih.
    • Menganjalkan kulit dan menganjalkan kembali payudara yang kendur.
    • Cepat kenyang dan membantu dalam pengurusan berat badan.
    • Menyokong kesihatan imunisasi badan, mengawal paras kolesterol dan menyokong kesihatan jantung dan prostat.
    • Jika diambil bersama supplement2 lain, ia akan bantu penyerapan yg lebih baik. Penyerapan yang cepat dan kesan yang lebih baik berbanding mereka yg tidak mengambil bersama ESP.




    Kenapa ESP soya "berbeza" daripada soya biasa? Jom baca 7 kriteria penting ESP.

    INFO : Produk -ESP - 7 kriteria/panduan/guideline utk memilih suplemen SOY PROTEIN

    1) Kacang soya itu sendiri mesti tumbuh membesar secara organic

    • Kenapa soybeans mesti ditanam secara organis ? sebab kajian penananam secara kimia (bukan organic) akan menyebabkan nutrisi makanan berkurangan dan dari segi kajian sudah terbukti ada hubung kait antara cancer dan nitrates. Jadi amatlah penting pesticides, fungicides, and herbicides tidak digunakan disepanjang proses pembesaran soybeans ni. 
    2) Soybean tu mestilan Non GMO ( tak dihasilkan secara genetic)~
    • Kenapa soy protein mestilah non genetik engineered? Sebab secara umumnya, soybean yang dari jenis genetic ni adalah murah utk dihasilkan (ni lebih kurang vitamin sintetik danvitamin natural) dan kebanyakkan syarikat akan mencari cara utk menjimatkan kos dan semestinya menggunakan soybean yg dihasilkan secara genetic. Dr. Louis J. Pribyl, a Brazilian government scientist menekankan yang berdasarkan kajian, toksin akan dibina tanpa disedari apabila gen baru dimasukkan didalam sel tumbuhan
    3) Soy Protin tu mesti mengandungi 9 asid amino perlu
    • Ini ciri yang amat penting, badan memerlukan kesemua 9 asid amino untuk menghasilkan hormone,jus penghadaman,antibodi, enzyme. If one essential amino acid is missing, the immune system can be depressed 30%, and many important body functions are delayed or stopped.
    4) Dalam proses pembuatan soy isolate, soyflakes mesti dibersihkan dgn air bukan dgn alcohol-
    • Alcohol tu haram yelah satu hal gak ..tapi kalau dicuci dgn alcohol..ianya akan memusnahkan kandungan isoflavone..... up to 88%! Sedanglan isoflavone itu diperlukan utk mengurangkan risiko cancer paru2,etc..Isoflavones juga bermanfaat dlm penyeimbangan hormon dan menaikkan berat tulang
    5) Bahan anti-thyroid/anti-growth substance mesti disingkirkan- 
    • Soy yang mentah mengandungi "anti-growth", "anti-tyrosine" substance. sedangkan kalau kekurangan bahan2 ni akan menyebabkan low blood pressure, low body temperature, and restless leg syndrome. Find a brand that uses an extracting process that removes this substance, yet keeps the soy in a raw form in order to maintain the HIGHEST LEVEL OF AMINO ACIDS and ISOFLAVONES which are very sensitive to heat.
    6) Proses pembuatan soy protein sebaiknya tanpa pemanasan
    • Amino acids sgt sensitive dgn suhu yg panas.. In some studies, cooking protein has been shown to destroy up to 50% of some ESSENTIAL AMINO ACIDS. If an individual consistently consumes a diet that is lacking in all of the essential amino acids, inadequate brain development and hormones, or other body tissue development can be the result
    7) Soy isolate itu mesti ditambah dgn unsur calcium..kenapa?
    • Kajian /artikel melaporkan bahawa serbuk soy adalah sangat berasid dan boleh mnyebabkan kerapuhan tulang.Dan oleh yg denikian unsur calcium yang secukupnya mesti ditambah dalam soy protein tu untuk meneutralkan kembali serbuk soy tu.Kebanyakan pengusaha/pengeluar protin tidak menambah cukup kalsium

    Info credit to mamafaiz.com

     

    Blog Template by YummyLolly.com