Showing posts with label Info. Show all posts
Showing posts with label Info. Show all posts

Friday, January 24, 2014

Shaklee membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi

Assalammualaikum & Hello!!

Kali ni nak share serba sedikit info tentang tekanan darah tinggi. Jom baca!!

Apakah itu darah tinggi?

Setiap orang mempunyai tekanan darah. Apabila darah dipamkan melalui arteri,daya tenaga akan terhasil pada dinding dalam saluran darah. Jumlah darah yang dipam oleh jantung dan daya tahan yang diberikan oleh arteri akan menentukan tekanan darah kita.

Tekanan darah dicatatkan dalam 2 angka. 


1) Angka diatas (tekanandarah sistolik) - mengukur tekanan apabila jantung mengepam darah keluar. 
2) Angka dibawah (tekanan darah diastolik) -  mengukur tekanan apabila jantung berehat.

Tekanan darah berbeza-beza mengikut masa tertentu dalam sehari dan aktiviti yang kita lakukan. Ia perlu diperiksa beberapa kali untuk menentukan purata tekanan darah tinggi yang tepat.

Apakah itu tekanan darah tinggi?


Apabila anda dikatakan mendapat darah tinggi atau hipertensi, ia bermakna saluran darah anda menjadi sempit dan sesak menyebabkan jantung terpaksa mengepam lebih kuat untuk mengatasi kesempitan itu. Bila ini terjadi darah akan menekan lebih kuat ke dinding saluran darah untuk laluannya ke tisu badan. Lama-kelamaan, mendapan lemak akan tersangkut danterkumpul pada dindingmenyebabkan arteri menjadi keras. Proses ini dikenalisebagai aterosklerosis. Jantung sekarang terpaksa berkerjalebih kuat untuk menolak darah melalui arteri-arteri yang sempit dan keras ini. Olehyang demikian, tekanan darah akan tercatat lebih tinggi atau bersamaan 140mm hg untuk tekanan sistolik dan lebih tinggi atau bersamaan 90mm Hg untuk tekanan diastolik, walaupun dalam masa rehat. Kadang-kala darah beku terjadi di celah-celah saluran arteri yang
sempit ini menyebabkan berlakunya serangan jantung atau strok (angin ahmar).

Tanda dan gejala

•  Tekanan darah tinggi dikenali  sebagi "pembunuh senyap" kerana ia tidak menunjukkan sebarang gejala. Ia boleh membawa kepada masalah yang lebih serius dan kadang-kala boleh mengancam nyawa seseorang itu jika tidak dirawat. Bagaimanapun ia sebenarnya boleh dikawal dan diuruskan dengan baik.

•  Jadi, bagaimana anda akan tahu yang anda menghidapi tekanan darah tinggi?
Cara yang terbaik adalah melakukan pemeriksaan tekanan darah setiap tahun dengan kakitangan kesihatan bagi menentu dan mengesan lebih awal masalah ini.

Kenapa kita perlu memahami tekanan darah tinggi?

Kebanyakan orang yang menghidap tekanan darah tinggi tidak tahu menahu mengenainya. Anda tidak dapat merasainya dan kerana itulah ianya sangat merbahaya. Pesakit yang menghidap tekanan darah tinggi mempunyai risiko yang lebih besar untuk mendapat penyakit-penyakit kardiovaskular dan kerosakan beberapa jenis organ tertentu dalam badan.

Didapati antara 20 hingga 50% dari kematian biasa adalah disebabkan oleh tekanan darah tinggi. Bahkan, 20% dari orang dewasa diseluruh dunia menghidapi masalah ini dan 5% dari kanak-kanak juga turut terlibat. Di Malaysia (mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi 1996) prevalens tekanan darah tinggi adalah sebanyak 24%.

Bagaimanakah tekanan darah diukur?

Doktor atau kakitangan kesihatan akan mengambil tekanan darah anda. Ukurannya perlu dibuat dengan betul sama ada secara langsung ataupun tidak langsung. Terdapat 3 peranti yang biasanya digunakan dan diterima pakai:
•  Alat sfigmomanometer, sama ada yang menggunakan lajur raksa atau aneroid.
•  Peranti elektronik yang disahkan.
•  Peranti tekanan darah ambulatori automatik

Langkah-langkah lain yang perlu dipatuhi untuk mendapat ukuran yang betul ialah:

•  Berehat selama 5 minit dan duduk dengan selesa. Tangan hendaklah terdedah dan diampu pada meja atau permukaan yang rata pada paras jantung.
•  Jangan mengambil minuman yang mengandungi kafein atau merokok 30 minit sebelum prosedur ini.
•  Jangan melakukan aktiviti/kerja yang berat sebelum tekanan darah diambil.

Tekanan darah tinggi tidak boleh didiagnoskan dengan hanya mengambil ukuran sekali sahaja. Ia perlu disahkan dalam masa sebulan. Walau bagaimanapun, jika tedapat faktor-faktorrisiko yang lain seperti penyakit organ tertentu atau diabetes, rawatan hendaklah diberi tanpa berlengah-lengah.

Kenapa seseorang itu mendapat tekanan darah tinggi?

Anda boleh mendapat tekanan darah tinggi sekiranya anda merupakan seorang lelaki atau seseorang yang mempunyai latar belakang keluarga mengalami serangan jantung atau angin ahmar (strok) pada usia muda. Faktor lainnya mungkin disebabkan keturunan  seperti kecenderungan menghidap darah tinggi atau kegemukan.

Bagaimanapun sesetengah faktor risiko ini merupakan sesuatu yang anda sendiri lakukan (pilihan) seperti merokok, suka memakan makanan yang tinggi lemak atau berminyak dan tidak bersenam secukupnya.

Terdapat beberapa faktor yang boleh dikawal dan ada juga faktor yang di luar kawalan anda. Perhatikan senarai yang tercatat dibawah ini dan lakukan sesuatu untuk menurunkan tekanan darah anda.

Kenapa seseorang itu mendapat tekanan darah tinggi?

Anda boleh mendapat tekanan darah tinggi sekiranya anda merupakan seorang lelaki atau seseorang yang mempunyai latar belakang keluarga mengalami serangan jantung atau angin ahmar (strok) pada usia muda. Faktor lainnya mungkin disebabkan keturunan  seperti kecenderungan menghidap darah tinggi atau kegemukan.

Bagaimanapun sesetengah faktor risiko ini merupakan sesuatu yang anda sendiri lakukan (pilihan) seperti merokok, suka memakan makanan yang tinggi lemak atau berminyak dan tidak bersenam secukupnya.

Terdapat beberapa faktor yang boleh dikawal dan ada juga faktor yang di luar kawalan anda. Perhatikan senarai yang tercatat dibawah ini dan lakukan sesuatu untuk menurunkan tekanan darah anda.

Komplikasi
Komplikasi-komplikasi tekanan darah tinggi akan menyebabkan tekanan keatas organ-organ penting terutamanya otak, jantung, buah pinggang dan mengakibatkan kerosakan. Jenis kerosakan bergantung kepada berapa lama dan berapa cepat tekanan darah meningkat.
  • Peningkatan mendadak tekanan darah
    • Boleh menyebabkan kekeliruan, khayal, sawan dan kematian, maka hendaklah dirawat segera
  • Tekanan darah tinggi berterusan. Tekanan berterusan keatas organ-organ tubuh akan menyebabkan :-
    • jantung- menyebabkan kegagalan jantung, serangan jantung dan kematian
    • pembuluh darah- pembuluh darah menjadi keras
    • buah pinggang- mengakibatkan kegagalan buah pinggang
    • mata- pendarahan dan kerosakan pada kawasan sensitif cahaya dalam mata
    • otakstrok/angin ahmar
Semua komplikasi di atas dapat di cegah jika anda mendapatkan rawatan awal.
Faktor yang anda boleh kawal
•  Berhenti merokok- untuk mencegah penyempitan saluran darah anda
•  Senaman - boleh membantu menurunkan berat badan  dan mengurangkan tekanan darah.
•  Memakan makanan rendah lemak dan seimbang - untuk mengawal berat badan
•  Kurangkan pengambilan alkohol - alkohol meningkatkan tekanan darah anda 
•  Kurangkan pengambilan garam - natrium boleh meningkatkan tekanan darah.
•  Kurangkan stres - tekanan mental atau stres boleh meningkatkan tekanan darah.
•  Pil perancang keluarga - sering dikaitkan dengan tekanan darah tinggi.

Faktor di luar kawalan anda

•  Jantina - kaum lelaki lebih mudah mendapat tekanan darah tinggi
•  Umur - darah tinggi meningkat mengikut umur
•  Bangsa - kajian telah menunjukkan sesetengah kaum/bangsa lebih mudah mendapat penyakit ini.
•  Keturunan - risiko mendapat tekanan darah tinggi adalah lebih tinggi
•  Diabetes- bagaimana diabetes membawa kepada sakit jantung masih belum jelas, tetapi kita tahu bahawa diabetes mencetuskan pembentukan aterosklerosis yang boleh meningkatkan risiko serangan jantung,angin ahmar dan mengurangkan peredaran darah ke bahagian kaki.

Credit Info: JKNSelangor Website & MyHealth.Gov.My


Untuk mereka yang menghidap tekanan darah tinggi, Shaklee menawarkan supplement kesihatan yg sesuai untuk membantu mengurangkan risiko tekanan darah tinggi.

1) Vitamin Asas (Vitalea, B Complex dan Vita-C) 







*Membantu mempertingkatkan kesihatan secara menyeluruh
*Menguatkan sistem imun untuk melawan sebarang kesan jangkitan dan mengekalkan kesihatan kardiovaskular.

2) Carotomax



*Mempertingkatkan Penglihatan
*Antioksidan penting untuk mengurangkan risiko penyakit yang terhasil daripada aktiviti radikal bebas

3) Omega Guard 



*Memelihara jantung yang sihat
*Membantu mengekalkan tekanan darah normal
*Mengawal tahap kolestrol yang sihat

4) Garlic Complex



*Meningkatkan sistem imun terhadap jangkitan tubuh
*Menurunkan tekanan darah, kolesterol dan memelihara kesihatan
Untuk Info & Order, sila hubungi:
DJ's Healthy Shop (Diana) 
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 885237
SMS/WhatApps - 0173807103

Tuesday, November 6, 2012

INFO : MASALAH BADAN BERBAU

Lebih memalukan jika rembesan peluh mengganggu orang lain

MASALAH ketiak dan kaki berbau memang merisaukan. Lebih memalukan apabila ia mengganggu orang lain. Hakikatnya semua orang punya bau badan yang tersendiri kerana ia berpunca daripada proses perpeluhan. Berpeluh adalah sebahagian daripada proses tubuh dan kita perlu faham mengapa tubuh menghasilkan peluh.
Ada dua jenis kelenjar menghasilkan peluh, pertama kelenjar Eccrine dan kedua kelenjar Apocrine.
Kelenjar Eccrine bertanggungjawab terhadap proses berpeluh di mana ia bersambung terus hingga permukaan kulit untuk menghasilkan peluh. Ia bertujuan mengawal suhu badan selain membuang bahan-bahan buangan seperti urea, sodium, kalsium atau elektrolit.

Pakar Perubatan dan Dermatologi Pusat Perubatan Darul Ehsan, Dr Noraziah Abd Kadir Jailani, menjelaskan peluh melalui kelenjar Eccrine sifatnya tulen, jernih seperti air dan tidak menghasilkan bau kerana akan terus keluar ke permukaan kulit dan meluap.

Kelenjar Apocrine pula merembeskan cecair yang lebih likat dan agak keruh serta menimbulkan masalah jika ia lebih banyak dari kelenjar Eccrine.

Kelenjar Apocrine ada pada bahagian tubuh yang banyak folikel rambut seperti ketiak serta tempat sulit seperti kemaluan. Kelenjar ini mengandungi sebum, bahan berlemak di mana peluh dirembeskan. Sebum pula bahan organik yang tersimpan dalam kelenjar Apocrine.
Di sini lebih mudah untuk bakteria memecah masuk protein dalam rembesan peluh, tidak seperti kelenjar Eccrine. Apabila protin dipecah masuk dalam peluh oleh bakteria, ketiak atau kaki akan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan.

Punca bau badan boleh disebabkan bahan buangan terkumpul dalam badan akibat proses pencernaan tidak sempurna. Pengambilan pelbagai jenis makanan, majoritinya digunakan untuk tubuh sementara selebihnya ditukar ke dalam bentuk sisa buangan atau toksin. Toksin ini disingkirkan sekiranya ginjal, hati dan saluran penghadaman usus berfungsi dengan baik.

Atas sebab tertentu seperti sembelit, sekiranya sistem pencernaan tubuh tidak berfungsi dengan betul, toksin ini boleh kekal dalam tubuh. Individu yang punya masalah ini dan makan banyak daging, telur, ikan dan kekacang khususnya akan mempunyai bau badan yang busuk. Makanan ini mengandungi banyak Choline yang tidak mudah melalui proses metabolisme.

Banyak minum kopi atau minuman berkafein dan makanan berempah yang mengandungi bawang dan bawang putih juga berpotensi menyebabkan bau pada ketiak, tidak kira lelaki atau wanita.

Punca lain bau badan termasuk masalah ginjal, hati, hypoglycemia (kurang gula dalam darah), jangkitan kuman, kencing manis dan tiroid. Ia dikesan apabila individu yang pada mulanya tidak punya masalah bau, tiba-tiba mengalami perubahan bau badan yang mengganggu. Bau badan juga disebabkan oleh faktor genetik dan kelenjar yang sangat aktif.

Punca kaki berbau tidak banyak beza dengan bau badan. Selain kaki yang kuat berpeluh, bau kaki juga disebabkan memakai kasut atau sarung kaki yang tiada pengalihan udara sempurna dalam tempoh yang lama. Memandangkan kaki manusia dilitupi kelenjar peluh tebal, peluh pada kaki boleh bercampur dengan bakteria pada permukaan dan menghasilkan bau.

Bulu pada kaki terutama pada ibu jari mampu menyumbang kepada bau yang lebih pekat dengan menambah jumlah permukaan di mana bakteria boleh membiak. Bau kaki boleh dirawat dengan memilih kasut terbuka dan stokin dari bahan semula jadi seperti kapas dan bulu biri-biri.

Pastikan kaki sentiasa kering, guna talkum untuk kaki, jangan guna kasut yang sama dan elakkan tekanan emosi dengan melakukan senaman meditasi seperti yoga.

Antara cara merawat dan mengawal masalah bau ketiak pula ialah penggunaan cecair pencuci mengandungi 3 peratus hidrogen peroksida, menyembur pewangi dan penyembur anti peluh. Jika terlalu serius, pembedahan membuang kelenjar Apocrine pada tempat bermasalah boleh dilakukan selain laser serta suntikan botox.

Info: Cara mengawal bau badan
- Kerap mandi
- Pilih pakaian fabrik kapas dan longgar
- Elak pengambilan makanan tinggi choline (bawang putih, daging, rempah, kafein dan kekacang)
- Berhenti merokok.

Cadangan Vitamin Untuk Mengawal Bau Badan:

Alfalfa Shaklee - Alfalfa adalah dikenali sebagai agen diuretik, pembersih badan dan penyahtoksik. Ia merangsang pengaliran hempedu, dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu mengawal bau badan.
* Garlic Shaklee – Diproses secara semulajadi di bawah suhu yang rendah bagi mengekalkan SEMUA allicin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal bau. Walaupun bawang putih salah satu penyebab nafas berbau, namun tablet Garlic Shaklee tak pecahkan sehingga ia sampai ke dalam usus kecil. Di samping itu, ia mengandungi campuran pudina dan estrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan.
* Herba-Lax Shaklee - Herb-Lax secara semulajadi merangsang pengecutan otot usus. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang teperangkap dan memendekkan masa transit, dan mengelakkan penyerapan toksik. Herba-Lax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan bau badan, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan menormalkan proses usus.


Untuk Info & Order, sila hubungi:
Diana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 885237
SMS - 0173807103

Monday, November 5, 2012

Info : Petua cepat dapat anak.



Lumrah bagi pasangan yang berkahwin, mesti nak dapat anak cepat-cepat. Lebih-lebih lagi bila rakan seangkatan yang berkahwin lebih kurang tempoh yang sama, semua dah menimang cahayamata, bunting pelamin misalnya. Tertekan juga kadangkala, apabila teman2 semua dah bertiga, berempat.. kita masih berdua.

Antara penyebab biologi sukar hamil di kalangan wanita:

~ Tiub fallopian tersumbat
~ Endometriosis
~ Mempunyai hormon prolaktin yang tinggi (prolaktin ialah hormon penghasilan susu yang mengganggu penghasilan telur)
~ Menghidap PCOS (mempunyai hormon kelelakian yang tinggi menyebabkan telur tidak matang)
~ Masalah hormon
~ Tumor pituitari yang mengganggu penghasilan telur
~ Menopous sebelum waktunya
~ Masalah tiroid
~ Fibroid

Penyebab biologi di kalangan lelaki:

~ Jangkitan kuman atau penyakit yang dihidapi sewaktu kecil yang merencatkan sistem pembiakan
~ Jangkitan kuman akibat penyakit kelamin dari hubungan seksual
~ Menghidap azoopsermia iaitu testis yang tidak berfungsi untuk menghasilkan sperma
~ Menghidap hernia
~ Gangguan hormon
~ Salur sperma tersumbat
~ Mati pucuk, lemah tenaga batin, dsb

Penyebab2 dari faktor luaran (lelaki dan wanita)

~ Hubungan seksual di luar waktu kesuburan
~ Stress dan tekanan
~ Pemakanan yang tidak sihat
~ Kekurangan zat
~ Amalan merokok atau meminum alkohol
~ Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan (drug)
~ Terdedah kepada pencemaran
~ Terlalu kurus atau terlalu gemuk

Bagi penyebab biologi, anda suami isteri dinasihatkan mendapat khidmat pakar dalam bidang reproduktif, agar masalah anda berdua dapat diselesaikan secara medikal.

Sekiranya anda berdua tiada masalah biologi, bermakna peluang untuk anda cepat dapat anak adalah cerah. Namun, anda mesti bersedia untuk mengubah cara hidup anda.

Bersenam

Bersenam bukan sahaja menyihatkan badan, malah memberi kesegaran minda. Badan yang sihat dan minda yang tenang menurunkan paras stress dan meningkatkan hormon kesuburan anda.

Mengelakkan pencemaran

Mungkin kita tidak dapat lari dari pencemaran, terutama pencemaran udara. Anda boleh menghentikan diri dan keluarga dari menjadi punca dan mangsa pencemaran dengan mengamalkan ‘green-living’. Setidak-tidaknya dengan berhenti merokok

Mengambil supplement (vitamin & mineral) untuk menambah kesuburan

Kesuburan boleh ditingkatkan dengan pengambilan supplement berikut:

Vita-Lea - kesuburan wanita banyak dipengaruhi oleh vitamin A. Jadi untuk cepat dapat anak, seorang wanita (lelaki juga) harus melengkapkan diri dengan mengambil multivitamin dan multimineral. Kenapa kena ambil multi? Kerana ia membekalkan vitamin dan mineral perlu dalam kehidupan kita sehari-hari, bagi memastikan kesihatan berada di tahap optimum.

Mangan dan magnesium di dalam Vita-Lea membantu ereksi bagi lelaki

B Complex – Vitamin2 B3, B6 dan B12 memainkan peranan penting dalam memulihkan tenaga (menukar makanan kepada tenaga). Penting bagi mereka yang hidup dalam keadaan sibuk, selepas kerja di pejabat yang memenatkan, anda memerlukan tenaga untuk bersama dengan suami/isteri.

Vitamin B12 juga berperanan dalam memperbanyakkan sperma

Vita C - Sebagai vitamin yang menjaga kesegahan sel, vitamin C juga berfungsi menghasilkan sel sperma yang sihat. Sperma yang tidak sihat, lembik, lembab… akan menghadapi masalah untuk bersenyawa dengan sel ovum.


Vita E & Selenium - bekerja bersama2 dengan vitamin C sebagai anti oksidan. Radikal bebas dalam tubuh mampu merosakkan sperma dan ovum. Jadi bagi menjaga kualiti sperma, seseorang lelaki harus mengambil vitamin E dalam kadar yang mencukupi. Selenium lengkap dalam Vita E Shaklee, untuk membantu pergerakan sperma agar lebih tangkas dan bergaya.

Omega Guard – Omega 3 dan Omega 6 meningkatkan kelicinan pergerakan sperma bagi memudahkan persenyawaan.
Zinc - meningkatkan hormon testosteron dan bilangan sperma.

Alfalfa – membantu mengatur pusingan haid, masalah keputihan dan masalah kewanitaan.

Banyaknya supplement, mana satu yang perlu ambil? Semua kah?

Kalau nak ambil semua mungkin terlalu banyak, jadi untuk mereka yang mahu mencuba, ikhtiar untuk cepat dapat anak, saya cadangkan ambil supplement di bawah sebagai permulaan:

Untuk Suami :
Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama Vita-E dan Zinc


Untuk Isteri : 
Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) atau Set Family Wellness (vitalea+b complex+vita C) bersama vita-E +alfalfa


Untuk Info & Order, sila hubungi:
Diana
Shaklee Independent Distributor
Shaklee ID - 885237
SMS - 0173807103

Tuesday, October 30, 2012

Diet sihat untuk lelaki (part 1)


DALAM memenuhi tuntutan selera harian, kita perlu membuat pilihan tepat dalam pengambilan makanan supaya memenuhi keperluan nutrisi yang diperlukan, seimbang dan tidak memudaratkan.
Walaupun terdapat beberapa makanan yang disyorkan perlu diambil setiap hari, keperluan pemakanan adalah berbeza mengikut jantina yang sekali gus membawa kepada kepelbagaian makanan.
Di sini disenaraikan makanan yang perlu diambil oleh lelaki.
Tomato: 

Buah yang popular ini memberi pelbagai manfaat kepada lelaki kerana bahan likopena (sejenis fitokimia) berperanan merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko kanser kolorektum dan penyakit jantung.
Kajian menunjukkan lelaki yang kerap memakan makanan yang tinggi kandungan likopena berisiko rendah mendapat kanser prostat.
Kacang Brazil: 

Ia baik untuk jantung dan hati. Kacang Brazil terutamanya, adalah sangat baik untuk lelaki kerana kandungan seleniumnya yang tinggi. Ia merupakan bahan yang baik untuk meningkatkan kesihatan sperma dan mortilitinya. Selenium juga membantu merendahkan lipoprotein berketumpatan rendah (LDL) atau kolesterol selain bertindak sebagai meningkatkan mood.

Kubis, brokoli dan kubis Brussels adalah sayuran penting yang mesti dimasukkan dalam diet seorang lelaki kerana kandungan melawan kanser yang merendahkan risiko kanser prostat dan kolorektum.
Telur: 

Jika anda mudah mengalami keguguran rambut, penyelesaiannya adalah mudah iaitu telur. Ini kerana ia adalah sumber protein dan biotin (vitamin B7) yang menggalakkan pertumbuhan rambut, malah kuning telur adalah sumber zat besi yang baik.
Banyak penyelidikan menyatakan ia membantu mengurangkan keguguran rambut yang berpunca daripada anemia.
Beri biru: 





Beri biru mempunyai kaitan dengan penurunan risiko kanser prostat kerana ia mengandungi bahan proanthocyanidin (sejenis flavonoid) yang tinggi. Buah ini dapat mengurangkan risiko penyakit jantung, kehilangan memori berkaitan usia dan diabetes Jenis 2 yang kesemuanya lebih memudaratkan lelaki berbanding wanita.
Delima: 

Padat dengan unsur antioksida, vitamin dan mineral, kajian menunjukkan pengambilan delima secara kerap membantu merendahkan kolesterol yang merupakan masalah biasa dalam kalangan lelaki.
Banyak kajian yang menyarankan minuman jus delima segelas sehari untuk memperlahankan tahap merebaknya kanser prostat.
Bawang putih: 
Kelebihan bawang putih untuk kesihatan jantung diketahui umum kerana ia merendahkan kolesterol, mengurangkan risiko jantung tersumbat, malah penemuan dalam Journal of National Cancer Institute menunjukkan kekerapan pengambilan potongan bawang putih dan bawang merah mengurangkan risiko kanser prostat.
Salmon: 
Ikan laut ini adalah sumber asid lemak omega-3 yang berfungsi merawat pelbagai masalah kesihatan lelaki. Selain merendahkan kandungan LDL atau kolesterol tidak baik, ia turut mengurangkan tekanan dan merendahkan risiko kanser prostat dan kolorektum.
Bijirin: 

Mengandungi pelbagai vitamin, mineral dan serat, baik untuk lelaki dan wanita namun vitamin B di dalamnya memberi manfaat kepada lelaki. Vitamin B9 (folat) memastikan kesihatan sperma, vitamin B7 (biotin) mengurangkan keguguran rambut dan silika membantu pertumbuhan rambut sihat.

 

Blog Template by YummyLolly.com