Assalamualaikum & selamat pagi.
Semperna
bulan OsteMatrix bulan Mac 2013 ini, moh lah kita bekenal-kenalan
dengan OsteMatrix ni. Orang kata, tak kenal maka tak cinta kan. Meh la
kenal-kenal. Huhu.
Apa itu kalsium & magnesium?
KALSIUM sering dikaitkan sebagai nutrien untuk tulang yang sihat.
Akibatnya, ia hanya dikenali sebagai nutrien untuk wanita. Yang
menyedihkan, ramai yang tidak mengendahkan kepentingan mineral ini
memandangkan masalah kesihatan yang berkaitan biasanya berlaku pada usia
agak lewat.
Bagaimana pula dengan
magnesium?
Adakah magnesium dikenali ramai sebagaimana kalsium? Berapa ramaikah di
antara kita yang sedar bahawa kalsium dan magnesium umpama rakan karib
yang saling menyokong di antara satu sama lain?
Secara
ringkasnya, kalsium diperlukan untuk mengekalkan kesihatan tulang dan
gigi, mencegah osteoporosis (tulang reput), membantu pengecutan otot
jantung, penghantaran maklumat saraf dan pembekuan darah, melegakan
pedih ulu hati serta mungkin membantu individu yang mengalami masalah
tekanan darah tinggi.
Sebahagian besar daripada kalsium dalam
badan terkandung di tulang dan gigi. Sejumlah kecil didapati dalam
aliran darah bagi membawa nutrien memasuki membran sel selain
menghasilkan hormon dan enzim untuk mengawal atur proses pencernaan dan
metabolisme. Kalsium juga diperlukan untuk penghantaran maklumat saraf,
pembekuan darah, penyembuhan luka dan pengecutan otot.
Kalsium
perlu sentiasa berada dalam aliran darah bagi membolehkan ia menjalankan
tugasnya. Jika paras kalsium dalam darah tidak mencukupi, tubuh akan
mengambil kalsium daripada tulang. Jika keadaan ini berterusan,
kandungan kalsium dalam tulang akan berkurangan lalu meningkatkan risiko
osteoporosis.
Walaupun kalsium boleh didapati melalui diet,
jumlah keperluan harian biasanya sukar dicapai. Pengambilan makanan
tambahan kalsium biasanya disarankan bagi mengatasi masalah ini. Hanya
dengan memastikan pengambilan kalsium yang mencukupi setiap hari, jumlah
kalsium dalam darah dapat dikekalkan dan kehilangan kalsium daripada
tulang dapat dielakkan.
Bagi golongan dewasa, keperluan harian
adalah antara 1000 ke 1200 mg kalsium. Keperluan akan meningkat bagi
golongan tertentu seperti wanita mengandung dan ibu yang menyusukan anak
serta warga tua. Sumber makanan yang kaya dengan kalsium termasuklah
susu, ikan salmon dan sayur-sayuran berdaun hijau seperti kailan dan
brokoli.
Badan akan menyerap kalsium secara maksimum sebelum
seseorang itu berumur 35 tahun. Bagaimanapun, beberapa kajian mendapati
bahawa individu berusia 65 tahun ke atas yang mengambil makanan tambahan
kalsium dan makanan yang kaya dengan kalsium dapat mengurangkan risiko
keretakan tulang dan mampu mengekalkan kesihatan tulang yang baik.
Bagaimana pula dengan magnesium? Secara purata, jumlah simpanan magnesium
dalam badan seseorang ialah kira-kira 28mg di mana sebahagian besarnya
terkandung dalam tulang, diikuti dengan otot dan sejumlah kecil dalam
tisu lembut dan cecair badan.
Walaupun sedikit, magnesium terbabit dalam pelbagai fungsi tubuh yang penting. Secara umumnya, magnesium
mengurangkan kekejangan dan keletihan otot, membantu merendahkan
tekanan darah, melegakan masalah sindrom pra haid, membantu mencegah
komplikasi diabetes dan membantu penggunaan kalsium yang berkesan.
Paras magnesium
dalam badan mudah berkurangan akibat faktor seperti tekanan, aktiviti
fizikal yang lasak dan pengambilan sesetengah jenis ubat. Dengan itu,
pengambilan makanan tambahan sangat digalakkan. Sumber makanan yang kaya
dengan magnesium termasuklah bijirin penuh, kekacang, sayur-sayuran berdaun hijau seperti bayam dan kerangan.
Pengambilan makanan tambahan gabungan kalsium dan magnesium
dalam nisbah 2:1 perlu dijadikan keutamaan. Ini kerana nisbah tersebut
sudah terbukti dapat memberi kebaikan yang optimum kepada badan.
Penambahan vitamin dan mineral tertentu seperti zink, vitamin D3 dan
mangan (unsur logam) adalah baik untuk membantu penyerapan dan
penggunaan kalsium dan magnesium yang lebih berkesan.
Kalsium,
dalam bentuk kalsium sitrat, terbukti mempunyai kadar penyerapan yang
lebih baik berbanding bentuk kalsium yang lain. Kalsium sitrat juga
larut dalam air. Ini bermakna kalsium sitrat yang berlebihan, akan
disingkirkan melalui air kencing, sekali gus mengurangkan risiko
mendapat masalah batu karang.
Ostematrix adalah gabungan Kalsium, Magnesium, Vitamin D dan mineral2
lain seperti Boron dan sebagainya bagi membina matriks tulang yang kuat
Kenapa kita perlukan OsteMatrix atau Kalsium ?
-
Kalsium merupakan mineral penting dalam tubuh dan hampir semua kalsium
(99%) terdapat pada tulang. Bahagian badan lain seperti gigi, plasma
darah, cecair selular dan tisu lembut turut mengandungi kalsium.
-
Kalsium perlu untuk proses pembekuan darah, penghantaran tindak balas
saraf, membekalkan tenaga untuk jantung dan untuk kontraksi otot.
-
Keperluan kalsium tinggi semasa di peringkat baligh dan remaja seseorang.
-
Pengambilan kalsium yang tidak mencukupi, penyerapan kalsium yang
rendah dan kehilangan kalsium boleh mengurangkan pemendapan mineral pada
tulang seterusnya menyebabkan kekurangan jisim tulang.
-
Bagi kanak-kanak, keperluan kalsium sangat penting untuk pembentukan dan menguatkan gigi serta kuku.
-
Pengambilan kalsium yang mencukupi juga perlu untuk membina asas
tulang yang kuat dan mengurangkan risiko osteoporosis di kemudian hari
kelak.
-
Kanak-kanak berusia di antara satu hingga tiga tahun disarankan agar
mengambil lebih kurang 500mg kalsium setiap hari. Manakala, bagi
kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun, mereka memerlukan
kira-kira 800gm kalsium sehari.
-
Oleh kerana susu kaya dengan kalsium, kanak-kanak perlu minum susu
secukupnya setiap hari agar dapat memenuhi keperluan kalsium hariannya.
-
Pengambilan kalsium terbaik ialah dengan minum susu. Keadaan semula
jadinya dalam bentuk cecair memudahkannya diserap oleh tubuh.
-
Segelas susu boleh memberikan anak anda kira-kira 250mg hingga 500mg
kalsium. Jadi, pastikan anak anda minum dua gelas susu sehari untuk
memberikan mereka kalsium yang mencukupi setiap hari.
-
Bagi kanak-kanak yang tidak gemar minum susu, ibu bapa perlulah
mencari alternatif lain yang dapat membekalkan kalsium pada anak.
-
Untuk penyerapan maksimum ke dalam tulang, kalsium hendaklah diambil bersama vitamin D.
-
Kekurangan kalsium pada kanak-kanak boleh menyebabkan penyakit ‘rickets’.
-
Kalsium tidak digalakkan diambil bersama produk yang tinggi lemak
seperti coklat kerana asid ‘oxalic’ yang ada dalam coklat akan bertindak
balas dengan kalsium lalu membentuk batu karang.
-
Kalsium dalam tulang tidak sentiasa kekal di dalamnya. Sel-sel tulang
sentiasa melakukan proses penggantian kalsium. Kalsium dalam tulang
turut diambil sekiranya badan tidak memperolehnya daripada sumber
makanan.
-
Kalsium yang dikunyah atau dicairkan akan lebih mudah diserap.
Kesan2 kekurangan kalsium, cuba periksa adakah anda mengalami:
- Sakit sendi
- Kuku senang patah
- Ekzema
- Kenaikan paras kolesterol dalam darah
- Tekanan darah tinggi
- Insomnia
- Kekejangan otot
- Kebas tangan dan kaki
- Gemuruh
- Rheumatoid arthritis
- Gigi mereput
- Depresi
- Hyperaktif
Jika
anda mengalami masalah seperti diatas, ini bermakna anda mungkin
kekurangan Kalsium. Dapatkan OsteMatrix daripada Shaklee dengan segera.
Berminat? Hubungi saya untuk maklumat lanjut.