Thursday, October 18, 2012

Kelebihan Vitamin E Complex

Assalamualaikum dan hai hai hai!

Kali ni jom kita berkenalan dengan Vitamin E pulak. Umum tahu akan kelebihan dan kebaikkan Vitamin E ni. Tapi berapa ramai yg tahu apa itu Vitamin E ? So.. jommmm kenal!!


Vitamin E sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

Kelebihan Vita E Complex dari Shaklee.

1)
Selenium


Vitamin E sahaja tidak sempurna tanpa selenium. Pengambilan vitamin E perlulah lengkap dengan selenium untuk mendapat kesan pengambilan yang optimum manakala tanpa selenium ia boleh bertindak sebagai toksik dalam jangka panjang kerana ia tidak dapat melaksanakan fungsinya dengan baik.


2)Ekstrak Biji Anggur



Biji anggur dikatakan 50 kali ganda lebih efektif sebagai anti oksida berbanding vitamin E, malah membantu kelembapan kepada kulit. Sementara daunnya pula yang kaya dengan polyphenols membantu dalam proses pembuangan toksin tubuh

Ekstrak Biji Anggur, yang dikeluarkan dari kulit dan biji anggur, mengandungi perlindungan oligomeric proanthocyanidins (OPC)
[1] dalam kuantiti yang ketara. Kandungan utama ekstrak Biji Anggur adalah kompaun phenolic kepada mononers (catechins, epicatechin, dan taxifolin) dan flavonoid yang sejat. 

Ekstrak biji tersebut dibuktikan sebagai antioksida kuat yang dapat melindungi badan daripada proses penuaan dan pereputan dengan meningkatkan ketahanan plasma darah terhadap tekanan beroksida. 

Kajian saintifik menunjukkan bahawa kuasa antioksida proanthocyanidins [2] di dalam ekstrak biji anggur 20 kali lebih berkuasa daripada vitamin E dan 50 kali lebih berkuasa daripada vitamin C.


[1] OPC adalah set kompleks bioflavonoid yang bertindak sebagai pemungut radikal bebas di dalam tubuh badan manusia.Nutrien super ini menyokong hampir kesemua sistem metabolisme di dalam badan. 
    [2] Proanthocyanidins adalah senyawa yang memberikan warna merah dan biru dalam buah-buahan dan telah terbukti bermanfaat untuk memperkuat kapiler, memperbaiki penglihatan dalam gelap, mendukung integritas dinding pembuluh darah dan mencegah penggumpalan darah. Proanthocyanidins dapat mengurangi risiko penyakit jantung dan kanker dan melindungi terhadap infeksi saluran kemih.

    Credit to Cybermedik.com dan Herba & Tumbuhan


    Untuk Info & Order, sila hubungi:
    Diana
    Shaklee Independent Distributor
    Shaklee ID - 885237
    SMS - 0173807103

    0 comments:

    Post a Comment

     

    Blog Template by YummyLolly.com